0

Macam korang tak tahu perangai Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ni macam mana... Dulu kalau ada mana-mana pemimpin yang buat salah. Dia lah yang menjadi orang pertama mendesak supaya individu tersebut meletak jawatan atau ambil cuti.

Nahhhhh... sekarang ni tiba giliran dia pulak didesak untuk berbuat sedemikian. Pandai sangat dok desak orang sebelum ni haaaa sekarang ni apa kata Guan Eng buat pulak apa yang kerap dia suruh pemimpin lain dok buat tu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya menyarankan supaya Guan Eng mempraktiskan semula apa yang kerap dipaksa dan dilaungkan sebelum ini.Dia kena hadam balik ayat dan desakan letak jawatan dan berundur seperti yang dia selalu dok kata tu.

Hari tu, bukan main lagi Guan Eng paksa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan kerana skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Walhal nama Najib telah pun dibersihkan oleh Peguam Negara.

"Sekarang, sebagai pemimpin negeri yang sentiasa meminta orang lain meletak jawatan kerana dakwaan rasuah, Lim juga harus berbuat demikian.

"Jika Lim mempunyai integriti, beliau harus mengundur diri," kata Dr Hilmi.

Elok sangat la kalau Guan Eng ambil cuti atau letak sahaja jawatan yang disangdangnya tu... Sebab dia langsung tak menepati prinsip kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan yang dilaungkan oleh partinya sebelum ini.

"Guan Eng perlu menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain dan membuktikan bahawa beliau mengotakan janjinya," katanya.

Namun bila tiba gilirannya untuk berbuat sedemikian dan didesak dengan hebat sekali untuk melepaskan jawatan.., Guan Eng enggan untuk berbuat sedemikian. Ambil cuti pun tak kan ini kan pula nak melepaskan jawatan.

Itu la lain kali jangan dok paksa pemimpin lain sangat, kan dah makan diri sendiri. Itu la karma bagi Guan Eng.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top