0

Sorang lagi budak suruhan Tun Dr Mahathir Mohamad, Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, dok meroyan tak tentu pasal semuanya gara-gara pendirian Pas yang mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bercuti sehingga siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadapnya selesai.

Hahaaa... nampak sangat Khairuddin tak puas hati bila Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyokong tindakan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), yang menahan Guan Eng.

Disebabkan tak puas hati tersebut, Khairuddin menuduh yang Harun Din dan Hadi Awang mempunyai pendirian tidak tetap dan celaru. Elehhh sebab dorang suruh Guan Eng ambil cuti je pun, terus meroyan macam orang gila.

Konon dua pemimpin Pas tu langsung tak gentleman... Tak gentleman sebab tak suruh pun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ambil cuti ekoran  skandal 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion. Tapi bila Guan Eng dok suruh pulak... Habis dah Guan Eng salah dan Najib tidak, buat apa nak cuti.

"Kenapa Haron Din nasihat ketua menteri Pulau Pinang sahaja untuk berbuat demikian? Mengapa Haron Din tidak berani nasihat Najib juga untuk berbuat demikian.

"Apa pendirian Haron Din dalam kes skandal kewangan Najib? Mengapa Haron Din dan Hadi Awang diam seribu bahasa?

"Haron Din dan Hadi selaku ulama jangan ambil pendekatan berat sebelah. Jangan jadi gajah depan mata tak nampak, tetapi kuman di seberang laut mereka nampak," katanya.

Disebabkan meroyannya tu... pandai pulak si Khairuddin ni nak nasihatkan orang. Bukan tu je...Tuduh pulak yang Haron Din dan Hadi Awang ni pilih kasih dan suka cakap tak serupa bikin, cakap bohong. Mungkin Khairuddin tak tahu yang Pas lebih mengenai DAP dan Guan Eng daripada dia sendiri.

"Dalam Islam tak boleh ada unsur pilih kasih. Segalanya mestilah berteraskan kepada kebenaran. Ulama mesti bercakap yang benar. Jangan amalkan sikap pilih kasih," nasihat Kharuddin.

Haron Din sebelum ini meminta Guan Eng menjadi seorang gentleman dengan mengambil cuti atau meletakkan jawatan sebagai ketua menteri selepas didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top