0





Seorang pengebom bunuh diri dilaporkan meletupkan bom berhampiran ibu pejabat pasukan keselamatan yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi di sini sebentar tadi, lapor rangkaian televisyen tempatan, al-Arabiya.

Serangan ini merupakan serangan ketiga ke atas Arab Saudi selepas dua siri serangan terdahulu di Qatif dan Jeddah yang berlaku juga pada hari Isnin, waktu tempatan.

Dilaporkan 3 maut setakat ini termasuk pengebom berani mati yang menyasarkan tempat tumpuan orang ramai dalam bulan Ramadhan di Kota Madinah.

Penyerang nekad turut meletupkan diri di luar Masjid Nabawi dan pusat perniagaan Qatif serta berhampiran kedutaan Amerika Syarikat.

Setakat ini belum ada mana-mana pihak bertanggungjawab dan pihak berkuasa Arab Saudi tidak menyangkal dakwaan ianya angkara militan Daesh.


Post a Comment

 
Top