0

“Jawapan kepada persoalan yang saya bangkitkan dinanti oleh rakyat. Apakah Husni punca segala masaalah atau Husni seorang menteri yang Najib tak boleh kawtim untuk jenayah Najib terus dilindungi yang menjadi punca masaalah.

“Najib nak tukar Husni ke potfolio lain sehingga Husni mengambil jalan meletakan jawatan sebagai menteri kewangan kedua,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Hahaaaa... dah kenapa dengan Mahfuz ni?? Suka sangat keluarkan kenyataan syok sendiri... Apa kena mengena Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan perletakan jawatan bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah??

Mahfuz mengeluarkan kenyataan tersebut setelah disoal adakah Najib menjadi punca kepada perletakan jawatan Husni sebagai Menteri Kewangan Kedua. Konon kerana ‘kejahatan’ Najib, Husni tak mahu bersekongkol dan tidak mahu lagi menyertai kabinet bawah kepimpinan perdana menteri.

Kemudian Mahfuz menuduh Najib menjadi punca segala permasalahan dan bukannya Husni... kerana Najib habis semua rakyat terpaksa hadapi masalah. Ehhhh memandai-mandai pulak dia ni buat andaian.

Husni sebelum ini menjelaskan dirinya letak jawatan kerana mengetahui bakal ditukarkan ke potfolio lain pada pengumuman rombakan kebinet pada 27 Jun lalu. Sebab tu dia mengambil keputusan mahu letak jawatan secara bermaruah daripada dipecat. Tapi Mahfuz ni pandai-pandai pulak tuduh Najib punca segalanya.

“Bagi saya pertanyaan Husni disebabkan sudah ada kedengaran lebih awal perbualan pertukaran potfolio Husni di kalangan orang yang tak sepatutnya tahu terlebih dahulu.

“Macam mana rahsia pertukaran potfolio Husni lebih dahulu diketahui oleh orang lain sebelum Husni?

“Bagi saya kalau pertukaran biasa tanpa ada perbalahan tak mungkin Husni nak tolak pemindahan dan pertukaran ke potfolio lain,” katanya.

Najib mengumumkan kenaikan pangkat bagi Datuk Johari Abdul Ghani daripada timbalan menteri kewangan kepada menteri kewangan kedua. Lagi pun sebelum ini Husni memohon undur diri kerana masalah peribadi, sebab tu Najib cari penggantinya. So salah Najib ke?? Perdana Menteri hanya menghormati keputusan Husni. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top