0

Telefon pintar  telah menjadi satu benda yang amat penting bagi orang sekarang.. Korang pun boleh lihat keadaan sekeliling, orang sekarang kalau boleh nak melekat dengan handphone 24 jam jer.. Nak makan dan tidur pun, handphone tu melekat jer kat tangan..

Tak menghairankan lah bila banyak kes kemalangan akibat leka bermain handphone.. Betul tak?? Tetapi lain pulak bagi seorang lelaki dari Los Angeles, California ni, dia melangkah lebih jauh apabila mengambil keputusan untuk berkahwin dengan telefon pintarnya..

Ish! Ish! Semakin ‘gila’ orang sekarang, benda yang tak bernyawa pun boleh dijadikan sebagai ‘pasangan hidup’ yer.. Tak boleh blah tu, Aaron Chervenak sanggup memandu dari Los Angeles ke sebuah gereja kecil di Las Vegas semata-mata nak menunaikan impiannya untuk berkahwin dengan telefonnya..

Lebih menarik tu, handphone tu siap disarung cincin bagai sebagai tanda ikatan ‘cinta’.. Miss tak tahu lah pulak, handphone selama ni ada jari yer! Agaknya handphone lelaki tu jer ada ‘jari’.. Hahhaa.. Ini betul-betul kegilaan yang tak masuk akal!

Kalau korang nak tahu sebab apa dia sanggup memandu jauh ke gereja tu kerana gereja yang dikenali sebagai The Little Las Vegas Chapel tu sebenarnya terkenal dengan menganjurkan perkahwinan pelik dan tak masuk akal! No wonder lah dia pilih gereja tu..

Aaron mengatakan telefon pintar tu sudah menjadi sebahagian besar dalam kehidupannya dan tak boleh hidup tanpa telefon tu.. Dia menganggap ‘perkahwinan’ tu satu simbolik bagi menunjukkan macam mana telefon pintar menjadi semakin dihargai dalam kehidupan kita..

Ek’eleh! Tak boleh blah langsung dia punya kenyataan tu.. Nak menghargai handphone tu, boleh jer pun.. Tapi tak payah lah sampai nak berkahwin bagai.. Itu macam orang dah hilang akal jer! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top