0

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan didakwa di mahkamah semalam telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin..

Keputusan itu diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Hakim Mahkamah Tinggi Georgetown Datuk Azmi Ariffin.

Mak aih.... Tinggi betul ikat jamin Guan Eng ni.... Sapa laa nak jadi penjamin Guan Eng yang terpaksa mengeluarkan duit sebanyak tu... Nak tanya juga, mana korang dapat duit banyak tu nak ikat jamin Guan Eng?? DAP dan Pakatan Harapan buat kutipan derma kilat ker?? Hahaha.

Andy lau nak kena bayar ikat jamin banyak tu... Memang tak terbayar da... Rela lagi tengok kawan tu duk dalam dari kena keluar modal nak ikat jamin banyak tu... Rugi wooo!!

Bagi orang macam Andy ni tengok satu juta tu macam tinggi harganya.... Tapi bagi pemimpin DAP macam Guan Eng ni... Setakat 1 juta tu celah gigi jelaa wei... Sekejap jer dah boleh dapat.

Sepatutnya hakim naikkan lagi harga ikat jamin si Guan Eng ni... Rendah sangatlah... Terang-teranglah Guan Eng mampu nak bayar jumlah banyak tu... Dengar kata banyak dah sapu.. So, no problem laa setakat banyak tu.

Guan Eng selaku tertuduh yang di dakwa di Mahkamah Seksyen bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan iaitu dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan dibawah Kanun Keseksaan.

Kes Guan Eng yang didakwa di Mahkamah Seksyen Pulau Pinang akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan pihak pengurusan kes telah menetapkan 22 September sebagai tarikh perbicaraan. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top