0

Kenal dengan seorang wanita bernama Arlina Banana? Satu nama yang trending di laman Twitter.. Pada yang tak tahu Miss A kongsikan sedikit kisah hidup Arlina..hehehe.. Arlina sebenarnya seorang penulis dan insta famous..

Terbaru, Arlina ada mendedahkan hasrat di laman Twitter untuk bunuh diri sebab dah terlampau tertekan selalu dibuli ‘cyber bully’.. Tapi, disebabkan Arlini miliki bentuk fizikal yang gemuk.., status nak bunuh diri Arlina dah jadikan dirinya lagi teruk di kritik oleh pengguna Twitter..

Ada antara pengguna Twitter seperti ‘menggalakkan’ lagi Arlina untuk meneruskan niat bunuh diri dengan memberi beberapa kaedah bunuh diri yang boleh dibuat oleh Arlina..

Nampaknya perbuatan ‘cyber bully’ yang dilakukan pengguna Twitter pada Arlina dah menarik perhatian salah seorang penyanyi tempatan yang beberapa bulan bergelar mualaf iaitu Marsha Milan..

Sebab tak dapat tidur malam, dan membaca kemaskini terbaru yang trending di laman Twitter.. Marsha ada membaca kisah yang dilalui oleh Arlina, walaupun kurang faham dengan apa yang dah berlaku..

Marsha akaui rasa simpati dengan apa yang di lalui oleh Arlina sampai sanggup ambil keputusan untuk bunuh diri.. Mentang-mentang Arlina tu badan gemuk, muatnaik tweet nak bunuh diri ramai orang dah troll..

Kalau yang tweet nak bunuh diri muka cantik macam Nora Danish, Miss A rasa mesti ramai jejaka gatal kat luar sana yang rasa simpati dan memberi nasihat dan kata-kata semangat.. Uolls semua tak pernah tengok filem Hollywood ‘Carrie’?

Jadi salah seorang mangsa buli atau ‘cyber bully’, sebab dah tak tahan dengan kejadian buli tu.. Budak perempuan nama Carrie tu cari orang yang bulinya untuk membunuh sorang demi sorang.. Cyber bully ini memang satu perkara yang boleh buatkan orang berfikiran waras jadi hilang kawalan.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top