1

Mufti Pahang DS Abdul Rahman menggesa  umat Islam supaya mempertahankan agama Islam apabila ia diusik. Walaupun tidak mengunakan kekerasan, umat islam tidak perlu untuk mendiamkannya saja. Jika agama dikutuk dan diperlekehkan, umat Islam perlu bangkit untuk menentang.

“Mereka ini perlu ditentang bukan diserang, ditentang dalam konteks ini ialah mempertahankan agama Islam dengan menjawab secara lisan dan tidak hanya mendiamkan diri,” katanya

Sebelum ini, kenyataan kafir harbi yang dikeluarkan oleh beliau telah disalah tafsirkan. Menurut Rahman kenyataan tersebut bukan berkaitan dengan DAP semata-mata, tapi ditujukan untuk semua golongan yang cuba untuk menentang agama Islam.

Selain itu, beliau juga tidak akan menarik balik semua kenyataan yang dikeluarkannya kerana ia adalah hujah yang berdasarkan agama Islam dan benar. Sebagai mufti, telah menjadi tanggungjawab beliau untuk menyampaikan seruan tersebut kepada semua golongan.

Hal ini katanya, bukan bertujuan untuk  menghasut ataupun mengaibkan mana-mana pihak, tetapi ia adalah pengajaran kepada sesiapa yang sering mengaitkan dan mempersendakan agama Islam.

Jadi, umat Islam wajib pertahankan agama jika diperlekehkan oleh sesiapa saja dengan mengunakan medium yang betul tegasnya. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top