0

Entah minyak pengasih apa yang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sapu dekat Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu. Sampai sayang betul Mohamad Sabu tu kepada Guan Eng.

Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu terlampau sayangkan Guan Eng sehingga dia sanggup mendoakan orang lain mati. Bukan tu je, Mat Sabu juga dikatakan berang dan meroyan apabila  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberkas Setiausaha Agung DAP tersebut atas tuduhan rasuah.

Bukan setakat mendoakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mati cepat, malah menuduh SPRM sengaja pilih bulu dan hanya membuat pendakwaan terpilih dengan memberkas ‘kekasih songsang kesayangannya itu’.

“Jangan buat mayat Lim Guan Eng seperti kamu buang mayat (Teoh) Beng Hock. Jangan buang mayat (Ahmad) Sarbiani seperti kamu buang mayat pegawai kastam (itu) di Kelana Jaya.

“SPRM, kamu bertangungjawab kepada Tuhan. Najib akan mati tak lama lagi,” katanya di perkarangan Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang.

Kononnya tindakan yang dilakukan SPRM tu dianggap sebagai terburu-buru dan terlalu gelojoh. Iyeke gelojoh?? Berapa banyak yang DAP bayar dekat Mat Sabu ni supaya mengehentam SPRM dan mendoakan Najib mati??

“Saya harap pegawai SPRM bawa bertenang, dakwa Guan Eng elok-elok. Jangan buat macam Beng Hock! Jangan buat macam Sarbani!” ujar bekas pemimpin PAS itu.

Mat Sabu sengaja mengunkit kisah Beng Hock dan Ahmad Sarbani kerana dua suspek dan tahanan SPRM itu ditemui mati dalam tahanan.

Beng Hock ditemui mati dipercayai jatuh dari bangunan bersebelahan Ibu Pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam selepas ditahan SPRM untuk soal siasat sementara Ahmad Sarbaini ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan SPRM di jalan Cochrane.

Sebelum ini, Guan Eng ditahan SPRM ketika berada di pejabatnya di tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di Pulau Pinang.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top