0

Rungutan dan aduan rakyat Kedah terhadap ganguan bekalan air yang menjadi masalah bagi penduduk di sesetengah kawasan, telah mendapat perhatian daripada Menteri Besar Kedah, DS Ahmad Bashah.

Masalah yang sering diajukan ini mungkin dapat diselesaikan sekiranya pihak yang bertanggungjawab menjalankan gerak kerja yang sepatutnya. Namun, Syarikat Air Darul Aman atau SADA dikatakan tidak menjalankan kewajipan mereka dengan sebaiknya. Sebab tu Bashah dalam kenyataannya menegur Pusat Aduan SADA yang tidak mengambil berat akan runggutan rakyat, yang sudah muak dengan isu bekalan air tidak mencukupi.

"Pastikan kalau aduan.. Pusat Aduan (SADA).. mesti dijawab.. ni 10 kali telefon tak angkat.. Pusat Aduan apa macam tu?. Pastikan mesti dilayan aduan tu.. lepas tu tindakan segera.. saya dah mengarahkan semalam dalam mesyuarat Exco (Kerajaan Negeri Kedah), saya tahu memang ada rungutan di banyak tempat..." tegasnya

Dalam pada itu, kebanyakan pengguna di Kedah mendakwa mereka mendapat reaksi yang menghampakan dari SADAketika membuat aduan. Sepatutnya pusat aduan tersebut memberi kerjasama dan menjawab semua rungutan serta aduan rakyat kepada syarikat mereka, namun tiada jawapan yang betul-betul pasti kepada rakyat. Layanan yang diberikan juga kurang memuaskan.

Hal ini, menyukarkan penduduk untuk melakukan aktiviti seharian, tambahan lagi musim perayaan yang menjadikan penggunaan air melibatkan angka penduduk lebih besar. Jika masalah ini masih berada di takuk lama, rakyat Kedah khususnya menghadapi kesulitan yang lebih besar.

Boleh jadi, Bashah mengingatkan SADA kali ini untuk lebih bertanggungjawab dalam setiap aduan dan mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah yang sering menjadi rungutan. Sepatutnya SADA perlu peka dengan bekalan air kepada rakyat, peruntukan menambah tangki air statik juga perlu sekiranya banyak aduan yang sudah berbangkit.

Selain itu, polisi syarikat sebelum ni ialah mengutamakan pelanggan melalui layanan yang  cepat, tepat dan mesra. Tapi bila rakyat membuat aduan, tidak pula dilayan. Oleh itu, dengan adanya teguran dari MB Kedah berkenaan masalah ni, mungkin sedikit sebanyak perkhidmatan mereka akan dapat diperbaiki oleh SADA bagi menjamin keselesaan rakyat Kedah.  -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top