0

Pengakhiran hidup seorang model cantik di Mexico berakhir dengan sadis apabila dia ditembak dengan kejam dihadapan ahli keluarganya yang lain di rumahnya, baru-baru ni.. Seriauu lah dok dengar tembak-tembak ni!

Mangsa yang dikenali Karla Karina Garza Garcia, 23 telah dibunuh dengan kejam oleh dua lelaki bersenjata yang memakai topeng di hadapan keluarganya.. Masa kejadian tu, Karla dikatakan cuba menyelamatkan diri dengan berlari ke dapur dan turut merayu kepada penjenayah terbabit supaya tak bunuh dia..

Tapi apa boleh buat, penjenayah yang tak berhati perut tu tetap membunuhnya dengan cara menembak di kepala Karla.. Sasaran dorang memang Karla jer pun.. Sebaik saja dorang tembak Karla, dua penyerang terbabit kemudiannya meninggal rumah berkenaan dengan kereta Cadillac SUV yang diletak di luar rumah..

Abang Karla cuba menyelamatkan Karla, tapi gagal.. Karla meninggal di tempat kejadian.. Kalau korang nak tahu, Karla merupakan model untuk agensi ‘Diamond Girls’ iaitu agensi yang menawarkan model bagi persembahan di televisyen, majlis sosial dan jugak tarian..

Difahamkan, pembunuhan tu dilakukan dua bulan selepas kekasih Karla, Hilario Carvajal Lucas mati dibunuh.. Pasangan ni pun dah mempunyai dua anak perempuan berusia dua dan lima tahun..

Kejadian kejam ni macam kes tak puas hati jer, betul tak?? Kesian dua budak tu, kehilangan ‘mak dan bapak’ dalam sekelip mata jer.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top