0

Sudah menjadi perkara biasa di kalangan artis tempatan untuk dipilih menjadi duta tudung.. Walaupun diri tak bertudung pelakon Nad Zainal telah dipilih untuk menggayakan koleksi tudung jenama ‘Hijab Fesyen’..

Nad dah dipilih menjadi duta untuk mengayakan tudung, ramai peminat mula bertanda tanya adakah Nad akan tampil dengan imej baru untuk kekal berhijab sepenuhnya..

Nad akui bila dipilih menjadi duta tudung jenama ‘Hijab Fesyen’, timbul perasaan yang baru dalam diri dan Nad dapat peluang mengajar dirinya tentang soal menutup aurat..Tapi, tak bermakna Nad akan berhijab sepenuhnya, niat untuk berhijab memang ada tapi bukan sekarang..

Bila tiba masanya Nak akan bertudung? Nad tak boleh nak janji, kalau Nad bertudung biar ikhlas tanpa dipaksa atau sekadar ikut trend artis wanita masa kini untuk berhijab.. Walaupun tengah mengandung enam bulan, Nad masih lagi aktif bekerja dan berniaga..

Kini Nad sedang sibuk mempromosikan tudung ‘Hijab Fesyen’ dan beberapa produk keluarannya sendiri di beberapa karnival yang diadakan sepanjang Ramadhan.. Tudung wajib dipakai bila dapat tawaran jadi duta tudung sahaja? MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top