0


Apa perasaan uolls bila keluar dari pintu rumah tengok-tengok ada sebuah kereta mewah limusin ada di depan rumah? Kereta limosin itu di depan rumah pelakon dan pelawak Sabri Yunus..

Ingat pasangan kekasih yang viral itu saja yang berpeluang naik kereta mewah limosin? Sabri pun mendapat peluang untuk menaiki kereta mewah itu.. Perkara itu didedahkan sendiri oleh Sabri di akaun Facebook miliknya..

Limosin itu bukan ditempah oleh Sabri tapi menaiki kereta mewah limosin adalah sebahagian dari program yang dinamakan ‘Seniman’.. Program itu akan di tayangkan di salah sebuah stesen TV tak lama lagi..

Konsep yang dibuat oleh program ‘Seniman’ itu adalah, setiap tokoh yang dijemput dalam program akan dapat merasai pengalaman menaiki limosin dari depan rumah mereka sendiri.. Tokoh yang dipilih program ini akan dibawa melawat beberapa tempat yag pernah di kaitan dengan sejarah hidup mereka..

Nak tahu apa yang Sabri maklumkan bila di tanya perasaan menaiki kereta mewah limosin itu? Sabri dedahkan dirinya naik limosin rasa macam naik bas saja..hahaha.. Ramai antara peminat Sabri yang agak terkejut tengok gambar limosin yang di kongsikan Sabri..

Peminat mulanya ingat gambar limosin yang di muatnaik itu memang milik Sabri.. Tak lama lepas itu, Sabri maklumkan kereta tu digunakan sekadar untuk menjayakan rakaman satu program TV..

Pada pasangan kekasih ada menyimpan hasrat nak bagi kejutan pada awek, dari sewa limosin yang mahal, lebih baik uolls bawa awek naik bas saja.. Sama je rasanya naik limosin dan naik bas..hahaha.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top