1
\
Dalam duk tunggu pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) bersuara berhubung isu dakwaan rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.... Akhirnya Presiden PAN Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu hari ini tampil bersuara mempertahankan 'abang long'.

Menurut Mat Sabu, tindakan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menahan serta mendakwa Guan Eng di mahkamah, jelas menunjukkan Malaysia kini diperintah oleh 'mafia'.

"Saya harap pegawai SPRM bertenang, dakwa Guan Eng elok-elok. Jangan buat macam Beng Hock.Inkues membuktikan Beng Hock dibunuh. Inilah Malaysia sekarang diperintah oleh mafia," kata Mat Sabu.

Amboi Mat Sabu.... Sedap betoi duk kata kat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak... Mat Sabu ingat Najib ker yang suruh SPRM pi tangkap Guan Eng tu?? Mat Sabu ingat, Najib ker yang suruh Guan Eng didakwa??

Tahu laa Guan Eng tu kawan karib Mat Sabu... Korang pernah tidur satu sel dulu kan kalau tak silap... Tapi agak-agak laa nak jilat Guan Eng sampai macam tu sekali... Jilat sikit-sikit sudah lah.... Ni siap cakap Malaysia kini diperintah oleh 'mafia'.

Guan Eng kena tahan pun sebab dia sendiri yang cari penyakit.... Dah tahu diri tu ahli politik, yang pergi terima tawaran 'istimewa' tu buat apa... Kena pula yang bagi tawaran 'istimewa' tu ada syarikat yang mempunyai hubung kait dengan kerajaan negeri... Jawabnya, memang kena laa.

Bila dah kena tu... Orang minta penjelasan tak maubagi... Duk pusing sana pusing sini... Sekarang ni, jelaskan dalam mahkamah... Biar mahkamah yang buktikan sama ada Guan Eng ni 'bersih' atau tak.... Pembangkang tak payah bising-bising duk kata ni semua kerja kerajaan bagai.

Mat Sabu berkata, penahanan Guan Eng oleh pihak SPRM pada rabu lalu merupakan siaran ulangan, memandangkan Guan Eng pada tahun 1998 pernah ditahan atas tuduhan menyebarkan berita palsu.

Guan Eng pada tahun 1998 pernah dipenjarakan kerana mengkritik kerajaan kerana gagal membawa kes rogol Ketua Menteri Melaka ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

  1. Mat Sabun mata rabun Ke..Ada bukti ada kes.. tak kira pihak mana pun..bila kena rejim bongok sebelah sana semua tak betul..patut lah sampai kiamat pembangkang tak layak memerintah dengan takdirNYA..

    ReplyDelete

 
Top