0


Dah lama stesen radio Suria FM menjadi bualan rakyat Malaysia selepas satu demi satu penyampai radio lama dah keluar dari stesen radio itu.. Tamatnya kontrak penyampai radio Linda Onn memang betul-betul dah buatkan ramai pendengar setia radio Suria FM terkilan..

Sudah mempunyai empat tempat kosong yang telah ditinggalkan oleh penyampai radio lama.. Terbaru, Miss A dapat tahu senarai nama penyampai radio baru dah pun dikeluarkan oleh pihak Suria FM..

Salah seorang dari penyampai baru itu adalah pelakon dan pengacara Zulin Aziz.. Tiga lagi penyampai lain adalah muka baru Muhd Hafizudin, Suraya Borhan dan Ruah Zoqarnain.. Tiga orang penyampai baru di pilih pihak Suria FM dah miliki pengalaman dalam bidang radio..

Tapi, juga komen-komen negatif yang ditulis oleh pendengar Suria FM bila dapat tahu senarai nama penyampai radio baru stesen tu.. Ada pihak merasakan penyampai radio baru Suria FM tak akan berjaya menarik minat pendengar setia stesen itu semula..

Banyak pendengar setia yang tak berpuas hati bila penyampai radio lama tak di sambung kontrak.. Paling memberi kesan mendalam pada pendengar setia Suria FM bila Linda Onn dikeluarkan dari stesen radio itu..

Sama-sama kita tunggu dan lihat sama ada penyampai radio Suria FM yang baru dapat menarik minat pendengar atau tidak.. Miss A ingatkan stesen radio Suria FM nak ambil penyampai radio baru di kalangan pelawak-pelawak terkenal seperti di lakukan stesen radio lain.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top