0



Sekumpulan NGO di P.Pinang yang diketuai oleh Kelab Warisan Malaysia (KERIS) hari ini, telah membuat satu laporan Polis terhadap pemimpin DAP yang didakwa menghina pemberian duit raya semasa Aidilfitri.

Jurucakap KERIS, Saudara Azman Haj memberitahu media, tindakan yang dibuat oleh Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming yang memuatnaik satu karikatur didalam laman sosial facebooknya, sangat biadap dan juga bersifat menghasut rakyat Malaysia.

Bercakap selepas membuat laporan Polis dihadapan IPD Seberang Perai Utara, Azman menggesa tindakan keras diambil terhadap pemimpin DAP berkenaan sebelum lebih ramai lagi rakyat Malaysia terguris hati.

Didalam laman facebooknya, Nga Kor Ming memuatnaik satu ucapan hari raya yang menghina Umat Islam khususnya didalam amalan pemberian duit raya.

Karikatur berkenaan menunjukkan dua orang kanak-kanak yang meminta derma dari seorang lelaki bagi menggantikan amalan pemberian duit raya.

Malah, seorang lagi watak kanak-kanak didalam karikatur berkenaan digambarkan "meminta dedak" berbanding mahu duit raya ataupun derma di hari raya.

Nga Kor Ming yang terkenal dengan kebiadapannya sebelum ini, pernah beberapa kali mencetuskan rasa tak tenteram dikalangan masyarakat berbilang kaum Malaysia khususnya dikalangan bangsa melayu dan kaum cina.

Bagi rakyat yang mengenali pemimpin DAP ini, tingkah laku yang suka menghasut dan mencetuskan huru hara olehnya sudah menjadi kebiasaan.

Jurucakap Pihak Polis pula mengatakan bahawa pihak mereka akan menyiasat dakwaan oleh Ngo-Ngo terbabit sebelum sebarang tindakan dibuat. - Utaranews.com

Post a Comment

 
Top