0

Asal nama pembangkang je semuanya baik walaupun dorang tu makan rasuah dan buat kesalahan meliwat. Mungkin itu yang mahu diperkatakan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. Walau apa pun kejahatan yang dilakukan pembangkang tapi bagi dorang... dorang tu ‘mangsa’ kepada kerajaan.

Nurul Izzah mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa terlibat kes rasuah langsung tak bersalah... Malah nasib Guan Eng sama macam bapanya, Anwar Ibrahim yang juga menjadi ‘mangsa’ kepada kerajaan atas tuduhan meliwat.

Haaaaa... elok la korang yang buat salah tapi tak habis-habis nak salahkan kerajaan dan UMNO. Kononnya dorang dan rakyat akan terus ditindas jika berada dibawah pemerintahan UMNO... bukan tu je Nurul Izzah turut menuduh pemerintah sekarang ini menganiayai rakyat.

Sebab tu la Nurul Izzah terdesak sangat nak Pakatan Harapan menang dan jadi pemerintah konon nak bela nasib rakyat... padahal cuma nak ‘tegakkan keadilan’ bapanya dan Guan Eng serta terus menjaga periuk nasi kaum kerabat mereka sahaja.

"Saya terpanggil untuk menyertai solidariti Ketua Menteri Lim Guan Eng ini kerana ia seperti ulang tayang apa yang berlaku ke atas bapa saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Inilah bukti penyalahgunaan kuasa apabila mereka menahan individu yang bertungkus-lumus membela hak rakyat.

“Perilaku menyalahgunakan kuasa ini tidak boleh dibiarkan kerana kita sebagai rakyat akan menjadi mangsa, tidak kira siapa anda...dan yang terbaru adalah Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri. Cakap sikit kena tahan, kena dakwa.

"PKR akan menyokong Guan Eng sehingga ke titisan terakhir kerana kita tahu, dia tidak bersalah. Tiada pendakwaan terhadapnya, tetapi disebabkan mereka tidak senang dengan kebaikan yang dibawa olehnya (Guan Eng) maka dia diheret ke mahkamah.

“Saya kagum dengan kehadiran rakyat yang sama-sama memberi sokongan kepada solidariti ini. Ia bukan sahaja untuk menuntut keadilan untuk Guan Eng sebaliknya sebagai perjuangan reformasi keadilan untuk rakyat," katanya.

Kononnya kalau rakyat percaya dan beri mandat kepada mereka... Jadi mereka tak akan buat khianat terhadap rakyat. Elehhh dorang ingat rakyat buta kot... selama ini anak beranak dorang je yang memerintah. Lepas bapak pergi ke mak kemudian anak... lepas bapak bebas, serahkan pada bapak balik.

Kawasan tu asyik keluarga dorang je yang takluk... tahu nak jaga empayar dorang je! Macam tu ke tak kan aniayai rakyat?? Kerja haram satu habuk pun tak buat... sembang je besar tapi kosong!-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top