0

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang yang mengulas mengenai kes Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memaklumkan, Gerakan tidak menggesa Guan Eng supaya melepaskan jawatan Ketua Menteri, tapi apa yang perlu dilakukan Guan Eng ketika ini ialah bercuti sehingga perbicaraan kes ini selesai.

Aik.... Macam pelik jer Pemuda Gerakan ni.... Takkan minta Guan Eng bercuti jer kot.... Orang lain bukan duk gesa Guan Eng lepas jawatan.... Pemuda Gerakan gesa Guan Eng supaya ambil cuti jer... Macam ada apa-apa ja dengan Guan Eng ni... Ada 'share' saham dengan Guan Eng ker??

Patutlah Gerakan ni tak boleh diharap... Orang gesa Guan Eng lepas jawatan... Tapi gesa supaya bercuti pula.... Tak tegas langsung Gerakan ni... Macam ni punya gaya, memang payahlah Gerakan nak rampas Pulau Pinang nanti.

Keng Liang menjelaskan, sudah menjadi satu amalan biasa bagi pemimpin di negara ini dan negara luar untuk mengambil cuti atau bercuti ketika kes dibicarakan di mahkamah.

"Kita bukan minta Guan Eng letak jawatan, hanya minta dia bercuti sehingga kes selesai dibicarakan dan sama ada dia bersalah atu tidak, biar mahkamah yang terntukan. Sekarang Guan Eng mempertaruhkan integiriti jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang apabila enggan bercuti walaupun berdepan dengan kes di mahkamah," kata Keng Liang.

Rasa berbaloi ke suruh Guan Eng ambil cuti jer?? Guan Eng sebelum ni kan bukan main lantang lagi kalau ada pemimpin lain terutamanya pemimpin kerajaan yang terlibat dengan tuduhan rasuah ni supaya letak jawatan.... Macam kes skandal yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak... Guan Eng bukan main lantang lagi gesa Najib letak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Rasanya, macam tak adil pula bila Pemuda Gerakan cuma gesa Guan Eng untuk ambil cuti sehingga siasatan dijalankan.... Pemuda Gerakan sepatutnya gesa Guan Eng lepaskan jawatan sebagaimana gesaan yang dibuat Guan Eng terhadap Perdana Menteri.... Setakat suruh bercuti buat apa!!!-AndyBolat/Utaranews.com-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top