0

Wahh... Dah jadi abang long dalam Pakatan Harapan dah Parti Amanah Negara (PAN) ni..... Siap minta PKR dan DAP supaya bersedia untuk pertembungan 3 penjuru dengan Pas dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

PAN punya gaya tu duk nampak macam nak jadi kepala Pakatan Harapan jer.... PAN ni tak takut kena 'katok' dengan 'abang long'... Abang long bukan boleh tengok parti lain lebih dari dorang... Lagi-lagi parti PAN yang tak seberapa ni.

Pengarah Komunikasi PAN Khalid Samad memaklumkan, bekas partinya iaitu Pas akan bertanding di kerusi milik Pakatan Harapan termasuk di kerusi milik Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Parlimen Gombak.

Amboi Khalid Samad ni... Duk jadi batu api PKR dengan Pas nampak... Masa tahun pula Pas nak bertanding di kerusi milik Azmin Ali?? Tak pernah dengar pun Pas nak bertanding di kerusi tu... Yang duk dengar Pas nak bertanding di kerusi milik DAP dan PAN jer... Kerusi milik PKR tak pernah dengar lagi setakat ni.

PAN ni perangai memang sebijik macam DAP... Sebab tu orang panggil PAN ni parti DAP versi Melayu.... Suka melaga-lagakan orang... Takda usul periksa dan bukti... Main taram jer kat Pas.

Tahulah PAN duk berdendam lagi dengan Pas... Tapi agak-agak laa nak fitnah Pas pun.... Pas dengan PKR baik-baik jer pun... Tu pun PAN nak musnahkan hubungan mereka... Dengki betul PAN ni.

Khalid Samad berkata, rakan sekutunya iaitu DAP dan PKR yang suka ataupun tidak suka dengan pertembungan tiga penjuru ini, terpaksa mengharungi perkara ini kerana ia merupakan realiti politik masa kini dan Pakatan Harapan perlu bersedia mengatur strategi ini.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top