0

Semakin hari semakin membimbangkan pengaruh Is di negara ini... pengaruh ‘berjuang demi agama Islam’ itu dilihat memberi ancaman hebat kepada keamanan negara. Mana tidaknya, kesan akibat terpengaruh dengan perjuangan IS dilihat mengancam nyawa rakyat

IS mengajar rakyat Malaysia untuk melakukan serangan dan berkorban nyawa kononnya mati syahid di jalan Allah Taala... padahal itu semua mengesatkan! Lebih menggusarkan apabila ‘kepercayaan’ tersebut semakin merebak luas di Malaysia.

Pas hari ini mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan ajaran dan kepercayaan pengganas IS... sebaliknya kembali berpegang teguh pada ajaran Islam. Tindakan  letupan bom di sebuah kelab malam di Puchong minggu lalu sedikit sebanyak menakutkan rakyat dan menjejaskan keyakinan mereka terhadap polis.

“PAS berharap Ketua Polis Negara dan PDRM dapat mengambil penambahbaikan segera, memperbaiki segala kelemahan dalam pemantauan dan membuat persediaan terbaik agar pasukan sentiasa berada dalam tahap kesiapsiagaan tertinggi dalam membendung IS daripada terus melakukan kerosakan kepada negara,”

 Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat penekanan tersebut kerana bimbang dengan gejala pengganas IS yang semakin merebak dan serangan kumpulan militan IS yang sejak kebelakangan ini melancarkan siri serangan di beberapa buah negara.

Jangan mudah untuk terpengaruh dengan kata-kata ilmiah dan konon keagamaan yang mempu merosakkan akidah korang. Jauhilah daripada pengaruh kotor militant IS dan hindari daripada terjebak atau bergaul dengan mereka.

“Islam diturunkan untuk membawa misi penyelamat, samada kepada individu atau negara.

“Bahkan semua agama melarang sikap kelampauan,” katanya.

Dalam Islam tak pernah mengajar umatnya untuk mengorbankan diri seperti meletupkan diri sendiri kononnya untuk mendapatkan shahid... sebaliknya Islam benci akan kekerasan. Korang jangan terburu-buru untuk membuat keputusan konon bagi melaksanakan Islam dengan betul.

“Mereka yang inginkan kemenangan yang cepat akan bertindak secara agresif dan meminggirkan segala hukum larangan Islam sehingga menimbulkan gambaran yang salah terhadap Islam.” kata Tuan Ibrahim.

Pada 28 Jun, lapan pengunjung restoran cedera selepas bom tangan dibaling dua lelaki bermotosikal di hadapan IOI Boulevard, Puchong. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penangkapan 15 orang yang disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas itu, selepas siasatan terhadap insiden itu.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top