0

Gara-gara nak mendapat nama, sepasang suami isteri sanggup menipu.. Kerajaan Nepal dikatakan sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan sepasang suami isteri dari India mengubah suai gambar untuk menunjukkan dorang kononnya berada di puncak Gunung Everest..

Disebabkan itu, pihak berkuasa mengkaji semula dakwaan oleh Rathod dan isteri, Tarakeshwari yang mendakwa dorang sampai di puncak Gunung Everest pada 21 Mei lalu.. Macam-macam ragam orang sekarang ni, sanggup melakukan apa saja untuk kepentingan diri..

Pasangan tu dikatakan diberikan sijil pendakian oleh kerajaan Nepal selepas menunjukkan gambar dorang di puncak setinggi 8,850 meter tu.. Tapi kes tu timbul selepas rakan pendaki dorang mendakwa pasangan tu sebenarnya tak sampai pun ke puncak Everest..

Lebih teruk dan licik tu, pasangan tu dikatakan menggunakan gambar orang lain untuk mendapatkan sijil berkenaan..

Teruk betoii perangai! Kalau tuduhan tu betul, sijil yang dikeluarkan kepada dorang akan ditarik balik dan diharamkan mendaki semua gunung di Nepal pada masa akan datang.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top