0


Inilah jadinya bila tak tahu malu dan tak ada adab ketika melawat sesuatu tempat dikunjungi, tempat suci pun boleh dijadikan tempat untuk beromen.. Macam pasangan tak tahu malu di atas tu, baik punya berasmara dana di atas menara pertapaan rahib sebuah gereja Kristian Ortodoks di Torzhok, Rusia..

Korang pun tahu kan, tempat upacara keagamaan macam tu tak baik lah dijadikan tempat untuk memuaskan nafsu.. Itu bukannya hotel yang boleh dorang buat sesuka hati.. Berkelakuan tak senonoh macam tu, sekaligus mencemari tempat suci jer.. Betul tak?

Ketika asyik melayan nafsu masing-masing, pasangan tu tak sedar aksi seks dorang di atas Borisogleb Monastery tu telah dirakam secara tak sengaja oleh sebuah dron yang sedang mengelilingi menara tu.. ‘Free show’ jer!

Tapii aksi pasangan tu terbantut selepas seorang pelancong lain muncul secara tiba-tiba.. Pelancong tu sebenarnya nampak aksi pasangan tu, tapi dia berpura-pura menikmati pemandangan sekeliling dari atas menara seolah-olah tak ada apa yang berlaku..

Pasangan tu pun terus berjalan dan kekok jer selepas kemunculan pelancong tu.. Hahaha.. Tahu pun rasa malu, ingatkan nak teruskan jugak aksi tak senonoh dorang tu yer! Dasar tak ada adab punya orang! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top