0

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan kenyataan viral berhubung amaran tempat yang menjadi sasaran kumpulan pengganas didakwa dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Khalid dalam kenyataan di akaun Twitternya berkata, pihak PDRM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan amaran berhubung lokasi sasaran pengganas di ibu negara.

“This alert is not from @PDRMsia,” katanya.

Khabar angin tersebut mula tersebar luas di media sosial termasuk sistem perkhidmatan pesanan, Whatsapp sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Dalam kenyataan itu menyenaraikan sembilan lokasi yang didakwa menjadi sasaran kumpulan pengganas IS termasuk menasihati orang ramai supaya tidak berkunjung ke tempat berkenaan.

Antara lokasinya adalah Bangsar, The Curve, Mid Valley, Kuala Lumpur Centre, Menara Kuala Lumpur, Publika, Hartamasa, Bukit Bintang dan Stesen LRT.

Post a Comment

 
Top