0

Entah apa-apa soalan yang ditujukan oleh peguam hak asasi dan perlembagaan, Syahredzan Johan ni. Boleh pulak dia tanya mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahu pasal seorang lelaki berusia 76 tahun di Kampung Tunku, Petaling Jaya mengutuknya di laman sosial Whatsapp.

Boleh pulak dia tanya adakah Najib turut sama ada dalam sebuah group Whatsapp dimana berlakunya penghinaan gambar perdana menteri tersebut. Soalan itu ditujukan susulan daripada penahanan lelaki kategori warga emas yang juga merupakan seorang penulis veteran.

Pelik sungguh soalan peguam ni, kalau Najib tiada dalam group Whatsapp tu pun kenapa?? Oooo... kalau Najib takde dalam group Whatsapp tu jadi korang boleh la kutuk dan menghina dia dengan sesuka hati korang, macam tu ea?? Maknanya peguam ni menggalakkan la rakyat kutuk Najib kalau perdana menteri takde dalam Group Whatsapp korang.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, penulis veteran yang menggunakan nama ‘Pak Ya’ itu bertindak kurang ajar dengan memuatnaik gambar perdana menteri dengan tujuan  “menghina, lucah dan menyakitkan hati rakyat Malaysia” dalam kumpulan WhatApps “Bicara Politik Melayu”.

Tapi aneh bagi Syahredzan apabila dia bertanyakan bagaimana gambar tersebut boleh dianggap sebagai penghinaan jika pemimpin tersebut tiada dalam group terbabit. Eshhhh teruk punya soalan... macam la takde siapa yang boleh tolong menyampai.

“Yang boleh baca cuma orang yang dalam WhatsApp group sahaja, bukan orang luar,” katanya.

Peguam hak asasi Melissa Sasidaran berkata pihak berkuasa tak patut masuk campur dalam segala perbualan yang berlaku dalam Whatsapp. Owhhhh kalau dorang kutuk para peguam atau family korang, takde rasa marah ka?? Alasannya sebab korang takde pun dalam group tu jadi dorang boleh buat sesuka hati.

“Pihak berkuasa harus menumpukan perhatian kepada jenayah yang serius dan juga jenayah online seperti pedofilia dan pornografi melibatkan kanak-kanak, bukannya kepada isu remeh seperti ini,

“Tujuan seksyen ini sebenarnya adalah untuk menangani isu seperti gangguan atas talian yang serius, ugutan dan pembulian terhadap orang biasa, bukannya untuk melindungi mana-mana orang kenamaan, pihak berkuasa ataupun perasaan tersinggung.”katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top