0

Seorang pemilik kereta sempat menahan seorang lelaki yang cuba mencuri keretanya di hadapan sebuah pasar raya di Alor Star pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata suspek yang berusia 31 tahun dari Simpang Empat dekat sini ditahan selepas pemilik kenderaan terbabit menghubungi pihak polis.

"Apabila pemilik berkenaan hendak mengambil kereta Honda Accord di kawasan pasar raya berkenaan, dia mendapati seorang lelaki berada di dalam keretanya.

"Pemilik berkenaan menangkap suspek dengan bantuan orang awam dan padanya dijumpai beberapa alat seperti penukul, spanar dan allen key yang dipercayai digunakan untuk mencuri kereta," katanya.

Beliau berkata individu berkenaan didapati mempunyai lima rekod melibatkan kes mencuri kenderaan. - BERNAMA

Post a Comment

 
Top