0

Perkasa kali ini memberi amaran kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang ditahan pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tuduhan melakukan jenyah rasuah.

Sendiri yang buat salah sendiri tanggung... itu amaran keras daripada Perkasa. Kalau dah pandai-pandai buat salah haaa pandai-pandai la bertanggungjawab. Tak kan nak bagi orang lain pulak dok ‘cuci tahi sendiri’ betul tak??

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, Kalau betul la Guan Eng tu seorang pemimpin yang bertanggungjawab jadi dia harus membuat keputusan sama ada nak letak jawatan atau buat tak tahu je macam takde buat salah apa-apa.

Tak kan la Guan Eng tak tahu kot apa langkah seterusnya yang bakal dibuat?? Dah nama pun pemimpin kan pandai-pandai la fikir... Tak kan itu pun nak kena ajar kot? Ker nak kena tunggu orang desak baru nak bertindak.

“Terpulang kepada dia (Guan Eng) sebagai Ketua Menteri, dia kena pertimbangkan sendiri tidak perlu tunggu orang lain desak. Dia sendiri kena fikir sama ada perlu meletakkan jawatan atau tidak.

“Kerana setiap tindakan yang beliau lakukan ketika ini rakyat sedang menilai,” ujarnya.

Tak kan la Presiden Perkasa pulak yang nak kena fikirkan apa langkah seterusnya yang harus Guan Eng lakukan. Tak perasan ke yang ramai rakyat mendesak supaya Guan Eng letak jawatan.. tak kan tu pun tak faham lagi. Nama je pemimpin tapi semua nak kena ajar yang makan rasuah pandai pulak.

“Kalau dia berpendapat perlu meletakkan jawatan, maka dia perlu meletakkan jawatan. Kita nak kata patut letak atau tidak tidak wajar, kerana siapa saya hendak suruh dia letak jawatan,” katanya lagi.

Paling kelakar bila bapak Guan Eng, Lim Kit Siang buat jelajah ke seluruh negeri hanya kerana mahu mencari jawapan sama ada Guan Eng perlu bercuti atau meletakkan jawatan selaku ketua menteri Pulau Pinang.

Hahaaa... Pasal benda kecil tu je pun kena buat jelajah ke?? Eshhh kesiannya! Padahal dorang nak raih simpati rakyat dan konon nak kutip derma rakyat bagi bantu Guan Eng ikat jamin. Ehhhh dah kaya pun nak kena kutip derma ka?? Setakat satu juta tu apa la sangat kan.

Kit Siang ni kedekut betul dengan anak sendiri pun nak berkira.. duit rakyat jugak dia nak kebas.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top