0

Timbul satu dakwaan yang menuduh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merosakkan satu majlis berbuka puasa di sebuah gereja yang diadakan pada Jumaat yang lalu. Aikkkk... siapa pula yang tak bertanggungjawab cuba untuk sabotaj dan burukkan nama pihak berkuasa tu?

Tindakan ‘pihak polis’ yang mengharamkan majlis berbuka puasa di gereja itu sangat keterlaluan dan jauh sekali daripada bidang kuasa pihak berkuasa. Polis mana ada hak untuk halang gereja anjurkan majlis buka puasa. Jadi timbul syak wasangka atas tindakan ‘pihak polis’ tu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata langsung tiada sebarang laporan polis dilakukan berhubung kejadian majlis buka puasa di gereja tersebut. Walaupun jika ada laporan polis dibuat, itu jauh dari bidang kuasa pihak polis untuk menghentikan acara tersebut.

Kemungkinan besar ada orang tak bertanggungjawab telah menyamar menjadi pihak berkuasa bagi mengelirukan orang ramai dan memburukkan nama pihak polis. Tindakan tersebut juga dipercayai bagi menimbulkan kemarahan pihak Gereja Assumption, lantas membuatkan mereka menyalahkan pihak berkuasa.


"Saya tidak tahu siapa anggota polis itu. Saya tidak dapat sahkan bahawa ada anggota polis yang pergi dan menasihati mereka (untuk membatalkan acara). Kononnya ada seorang anggota polis beragama Islam dan seorang lagi yang beragama Kristian pergi ke gereja itu dan menasihatkan mereka supaya membatalkan acara itu.

"Saya telah semak dengan polis Selangor. Kami tidak pernah menghantar sebarang anggota polis ke sana, jadi saya tidak tahu apa yang berlaku. Jadi, melainkan gereja boleh beritahu saya siapa mereka, saya tidak mampu untuk mengulas.

"Dan tidak ada laporan yang dibuat. Saya bimbang ada yang hanya membuat cerita mengatakan terdapat laporan polis, kemudian ke gereja, beritahu (mereka) sesuatu dan gereja membatalkannya,” katanya.

Syed Azmi Alhabshee sebelum ini berkata, dua anggota polis telah hadir dan melawat gereja tersebut.. Gomez syak individu tersebut diupah bagi menimbulkan masalah. Kesian kat dorang, sampai terpaksa batalkan acara tersebut... siapa la yang tak bertanggungjawab tu kan.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top