0

Kalau dah menetap di Pulau Pinang dan telah menjadi rakyat di negeri itu, pasti  amat mengenali Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.... Guan Eng dikenali rakyat bukan disebabkan beliau berjiwa rakyat atau zuhud, tetapi dikenali kerana pandai bermain wayang dalam sesuatu isu.

Tak percaya?? Tengok sajalah isu-isu yang dikaitkan dengan Guan Eng... Sebagai contoh, seperti isu pembelian rumah banglo mewahnya di Jalan Pinhorn yang dibeli dengan harga cukup murah di bawah harga pasaran.

Guan sepatutnya menjelaskan isu tersebut kepada semua pihak bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.... Tetapi apa yang dilakukan beliau memang mengecewakan dan mengundang gelak ketawa.

Mana tidaknya, Guan Eng yang mungkin gelabah perbuatannya membeli banglo mewah dengan harga murah terbongkar, telah menjemput para pengamal media ke rumahnya untuk membuat tinjauan.

Selain itu, Guan Eng juga turut mengadakan sesi minum kopi dan menjemput pemimpin yang membongkar pembelian rumahnya untuk menjelaskan secara 'face to face'... Orang mahu Guan Eng menjelaskan kepada semua pihak, bukan kepada pemimpin yang membongkarkan rahsia Guan Eng tu.

Seterusnya, Guan Eng terus bermain wayang dalam isu ini dengan mencari isu mengenai tanah milik Perda yang sudah terbukti bersih dari segala dakwaan bagi mengalihkan isu rasuahnya.

Bila dah terlalu banyak bermain wayang dan banyak perkara yang dilakukan Guan Eng terhadap rakyat Pulau Pinang... Rakyat di negeri itu mahu Guan Eng melepaskan jawatannya apabila ditahan dan didakwa atas tuduhan rasuah.

Tuduhan rasuah jelas menunjukkan integriti seseorang itu dan pentadbirnan kerajaan negeri tercalar... Oleh itu, amat digalakkan supaya Guan Eng untuk melepaskan jawatannya... Ini juga merupakan permintaan dari rakyat Pulau Pinang sendiri. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top