0

Datuk Nasir Tun Sakaran telah menyatakan hasratnya untuk setia bersama Umno, walaupun ahli Umno di Sabah sudah mula mengadakan tunjuk perasaan dengan tindakan keluar parti beramai-ramai bagi menyokong DS Shafie.

Bagi Nasir perjuangannya dalam Umno sangat telus kerana ayahnya juga adalah seorang pemimpin yang selama ini berjuang untuk Umno di Sabah, tidak mungkin berlandaskan sokongan kepada Shafie, beliau sanggup untuk mengkhianati Umno. Lebih-lebih lagi ayahnya juga memperjuangkan Umno Sabah sejak dari dulu.

“Ayah saya adalah bekas Ketua Menteri Sabah dan dia juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah yang pertama,” katanya

Walaupun, Nasir dan Shafie adalah sepupu, tapi beliau tidak akan mengunakan alasan tersebut untuk mengikut jejak Shafie dan ahli Umno yang lain. Semangat seperti ini yang perlu ada dalam setiap ahli Umno, sering mengingati perjuangan dan tanggungjawab sebagai ahli parti.

“Memang kami mempunyai pertalian darah yang cukup kuat tetapi itu tidak bermakna pandangan kami mesti sealiran. Saya tidak akan keluar UMNO untuk bersama Mohd. Shafie ", katanya

Jelas ahli yang keluar parti, hanya mementingkan diri dan emosi mereka saja dan melupakan tanggungjawab ahli kepada bangsa dan negara. Sepatutnya mereka perlu mengambil iktibar daripada kesalahan Shafie, tapi sebaliknya mereka tetap menyokong dan menyalahkan keputusan MT Umno.

 Mungkin, nasib rakyat Sabah yang selama ini dibela akan musnah kerana sikap ahli Umno yang terlalu taksub memuja pemimpin, sampaikan mereka menolak kerajaan BN. Mungkin juga, mereka tidak memikirkan kesan jangka panjang terhadap rakyat setempat sekiranya mula bersama pembangkang.

Bagi Nasir, beliau tetap komited untuk bersama Umno, pertalian darah dengan Shafie tidak menghalangnya untuk kekal sebagai ahli Umno dan memperjuangkan usaha ayahnya dalam mengembangkan Umno di Sabah. Walaupun sedarah beliau masih mahu bersama Umno tapi ahli Umno Sabah yang lain masih tetap nak jadi pak turut Shafie. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top