0

Tindakan DS Shafie yang keluar dari Umno, rupa-rupanya ada maksud yang tersirat. Kononnya parti baru akan ditubuhkan bersama penyokong tegarnya di Semporna. Penubuhan parti baru itu adalah simbol sokongan ahli Umno Semporna untuk bersama-sama Shafie setelah beliau digantung ahli serta jawatan.

Hal ini turut disahkan oleh Ketua Wanita Umno Semporna, Manismuka. Pengumuman untuk keluar parti beramai-ramai telah dilakukan setibanya Shafie di Semporna. Nampaknya, ahli Umno di Semporna akan tetap menyokong Shafie dan akan turut berjuang bersamanya dalam parti yang baru.

" Sebuah parti baharu yang akan menentang Barisan Nasional (BN) akan dibentuk Mohd. Shafie tetapi namanya masih belum diputuskan lagi. Untuk berpatah balik kepada UMNO rasanya tidak mungkin tetapi kami akan bersamanya menubuhkan parti baharu nanti yang akan disertai sebahagian besar rakyat Sabah,” tegasnya

Mungkin, parti baru ini akan turut menentang BN dan tidak mustahil mereka akan bersekongkol bersama pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan BN. Sepatutnya, sebagai ahli Umno yang sudah lama bersama parti, mereka tidak perlu menyokong pertuhuhan parti  tersebut, tapi mereka perlu bertanggungjawab  untuk menjadi ahli yang setia bersama parti dalam apa saja  kemungkinan.

Kini, pemimpin lebih dikasihi berbanding parti yang selama ni menjadi tunggak kepada mereka, malah sanggup menjadi pengkhianat parti dengan menyokong parti baru bagi menentang BN. Mungkin keputusan ini adalah baik bagi mereka, tapi  ia tidak memberi apa-apa kebaikan kepada rakyat, kerana matlamat parti mereka mungkin seiring dengan pembangkang.

Adakah parti baru mereka relevan ? sedangkan rakyat masih memilih kerajaan BN untuk mengendalikan negara. Rakyat juga sudah mula buka mata dengan gerak kerja Umno/BN, namun ahli Umno sendiri yang menjadi dalang untuk rakyat membenci UMNO/BN kerana terlalu mengikut emosi.

Walaupun, mereka sudah perpaling tadah dari Umno/BN, tapi ada banyak pendekatan serta perbincangan yang boleh dilakukan. Tidak perlu untuk menubuhkan parti baru semata-mata berlandaskan api kemarahan dan dendam. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top