0

Siapa pulak yang dok jadi batu api dalam keputusan  Majlis Tertinggi UMNO terhadap Naib Presiden UMNO yang digantung, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan memecat Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tu??

Rasa Gomez dorang semua dikenakan tindakan kerana telah melanggar peraturan parti dan bukannya atas hasutan seseorang seperti yang didakwa Shafie. Ehhhhhh Ahli Parlimen Semporna tu tak mengaku ke yang dia dah langgar disiplin?? Lepas tu tuduh pulak dorang dikenakan tindakan sebab mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Eshhhhh langsung tak masuk akal alasan yang diberi tu! Bukan tu je, dalam masa yang sama Shafie menconteng arang ke muka Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Beliau dituduh menjadi gunting dalam lipatan dan dalang oleh Shafie dalam usaha menghasut MT supaya menggantung jawatannya baru-baru ini.

Ehhhhhh... suka-suka hati dia je nak tuduh orang itu ini... padahal langsung takde sebarang bukti yang mengukuhkan tuduhan yang dilemparkannya itu. Dah la salah lepas tu tuduh pulah orang lain bertanggungjawab, apa ni?!

Padahal Shafie hanya digantung dan siasatan masih belum selesai... dia masih mempunyai peluang yang cerah untuk diserap masuk dalam parti, tapi tindakannya yang mengumumkan keluar parti adalah sangat tak matang.

Shafie mengumumkan keluar parti dihadapan para penyokongnya terutama ahli parti di UMNO Bahagian Semporna sebaik sahaja dia kembali daripada menunaikan umrah. Dia turut meminta maaf diatas keputusannya itu.

"Perjuangan mempertahankan rakyat dan Sabah akan diteruskan. Saya memohon maaf atas segala kesilapan yang saya lakukan semasa menjadi pemimpin UMNO," ujarnya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top