0

Pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang didakwa atas dua tuduhan rasuah supaya mengikut jejak Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak yang mengambil cuti apabila kes beliau masih dalam siasatan.

Aik... Berani pula Syed Saddiq ni gesa Guan Eng suruh cuti... Baru kenal dunia dah berani nak gesa tokong besar untuk dengar cakap... Jangan mimpi laa nak tengok Guan Eng dengar cakap tu.

Guan Eng ni kalau setakat nak gesa tu boleh jer laa... Tapi kalau nak dia sahut gesaan tu... Jangan mimpi laaa.. Lagi-lagi nak lepaskan jawatan ni... Tak kisah laa lepas jawatan ni sekejap atau selamanya... Guan Eng sesekali takkan lepaskannya... Aci kerat jari laa!!

Menurut Syed Saddiq, Guan Eng yang merupakan pemimpin DAP perlu mengikut jejak Nazir Razak memandangkan parti cina kiasu itu sering mengutamakan dan berpegang kepada prinsip kecekapan, akauntibiliti dan ketelusan (CAT).

Jelas Syed Saddiq, sekiranya Guan Eng tidak mengikut jejak Nazir Razak itu, keputusan akhir ini mungkin tidak seperti yang dijangkakan kerana Guan Eng sabagai tokoh politik mampu memusnahkan bukti dan mengugut saksi.

Oleh demikian, sebagai tokoh politik yang kononnya suci dan bersih, Guan Eng disaran untuk meletak jawatan atau mengambil cuti sehingga keputusan akhir dikeluarkan kerana ia merupakan prinsip seorang ahli politik.

"Ini penting, lebih-lebih lagi DAP mempunyai pendirian tegas mengenai prinsip kecekapan, akauntibiliti dan ketelusan (CAT). Mana-mana tokoh umum yang berhadapan perbicaraan perlu meletak jawatan atas dasar prinsip," kata Syed Saddiq.

Nazir Razak pada April lalu yang terlibat dengan isu membabitkan pengagihan dana berjumlah AS$7 juta kepada ahli politik Barisan Nasional dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2013 lalu, dengan rela hati mengambil cuti untuk memberi laluan untuk siasatan dilakukan-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top