0

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow menegaskan Lim Guan Eng yang didakwa atas tuduhan rasuah, tidak perlu meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang atau bercuti dari menggalas tanggungjawabnya.

Menurut Kon Yeow, tidak ada sebab yang munasabah atau keperluan untuk Guan Eng meletak jawatan mahupun mengambil cuti  kerana didakwa atas dua tuduhan rasuah.

Ye ke takda sebab munasabah supaya Guan Eng meletak jawatan?? Kon Yeow salah ni... Ke Kon Yeow cuba berdalih sedikit supaya tidak menampakkan diri mahukan Guan Eng meletak jawatan.... Maklum sajalah, dengar kata nama Kon Yeow ni naik sebagai calon pengganti Guan Eng.

Terus terang jelaa Kon Yeow.... Tak perlu nak berdalih-dalih.... Lagipun tuduhan rasuah yang dihadapi Guan Eng ini telah pun menjejaskan nama baik parti DAP yang selama ini bersih dan suci.... Dah jejaskan nama parti ni dah tentu-tentu alasan yang paling munasabah... Takkan kon Yeow tak nampak lagi...

Rasanya, DAP Pulau Pinang tak payahlah nak pertahankan Guan Eng untuk terus kekal sebagai Ketua Menteri... Rakyat Pulau Pinang sendiri tak mahu Guan Eng kekal sebagai Ketua Menteri.

Banyak sangat dosa Guan Eng terhadap rakyat Pulau Pinang... Lagi-lagi terhadap kaum Melayu.... Mereka dizalimi Guan Eng ibarat seperti seorang pelarian... Sedangkan mereka ini merupakan anak jati Pulau Pinang.

Dalam masa sama, Kon Yeow turut memaklumkan bahawa pentadbiran pimpinan Guan Eng masih berjalan seperti biasa, meskipun Ketua Menteri Pulau Pinang itu kini didakwa atas dua tuduhan rasuah.

Kon Yeow berkata, tuduhan rasuah ke atas Guan Eng, sedikit tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri dan pentadbiran kerajaan negeri masih berjalan seperti biasa.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top