0

Bila dah suka melakukan sesuatu tu dan ingin meluaskan lagi pengetahuan pasal yang dilakukan, seorang tukang gunting rambut di Liverpool mengembara ke 21 buah negara hanya semata-mata untuk mencari pengalaman memotong rambut di pelbagai lokasi menarik..

Korang lihat gambar di atas tu, sambil gunting rambut dengan pemandangan yang indah sangat.. Miguel Gutierrez yang digelar sebagai Tukang Gunting Rambut Nomad dikatakan pernah memenangi anugerah pendandan rambut lelaki dan memiliki dua buah salun di London dan Berlin.

Kalau korang nak tahu, dia memulakan pengembaraannya di Athens pada 2013 selepas mendapat tajaan melalui syarikat Kickstarter yang mahu membiayai perjalanannya mengelilingi 21 buah negara..

Sepanjang pengembaraannya, Gutierrez mengunjungi pelbagai negara termasuk Greece dan Kurdistan bagi mengetahui sejarah perniagaan gunting rambut yang telah berusia 5,000 tahun dari pelbagai lokasi.

Dia bertemu dan belajar kemahiran daripada pelbagai kedai potong rambut dan merekod seluruh perjalanannya di laman perkongsian video, YouTube.. Inilah yang dikatakan ingin memajukan diri, tidak hanya mengharapkan bulan jatuh ke riba.. Setiap benda yang dilakukan perlu ada usaha yang gigih, barulah berjaya.. Betul tak?? MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top