0

Keputusan DS Shafie Apdal untuk keluar parti sama sekali tidak memberi kesan kepada UMNO Sabah kerana sokongan rakyat adalah kepada parti dan bukannya untuk kepentingan pemimpin. Jadi sekiranya Shafie tidak lagi bersama parti, UMNO Sabah akan tetap bergerak seperti biasa.

Dalam pada itu, keputusan Shafie itu tidak memeranjatkan kerana selepas keputusan pergantungan ahli dan juga jawatan, beliau seolah-olah sudah berpaling tadah sejak dari mula. Boleh jadi, keputusan keluar parti ni juga sudah dirancang dari awal.

"Keputusan Datuk Seri Shafie Apdal keluar UMNO tidak memeranjatkan sama sekali. Memang dijangka. Selama ini pun gerakan dia memudaratkan parti,"kata Datuk Abdul Rahman Dahlan

Mungkin, Shafie tidak goyah dengan keputusannya, sebab ramai penyokong setianya di Sabah yang akan mengikut jejak langkah beliau untuk keluar dari UMNO. Walaupun ramai ahli UMNO yang keluar bersama Shafie, ia tidak memberi impak yang besar kepada UMNO Sabah kerana UMNO bukan kuat dari individu malah sikap berganding bahu sesama ahli yang menjadikan UMNO sebuah parti yang kuat.

"Kekuatan UMNO Sabah akan kekal utuh dan kuat di bawah kepimpinan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Musa Aman dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib selaku Presiden UMNO," katanya

Mungkin juga, ahli UMNO Sabah perlu faham tindakan yang diambil bagi ketiga-tiga pemimpin tersebut. UMNO sama sekali tidak menzalimi, malah menghukum ahli yang sudah terpesong dan mahu bersama pembangkang. Jika terus dibiarkan mungkin ia akan memudaratkan parti.

Namun, penyokong Shafie mungkin akan sedar, tinggalkan UMNO bukan jalan yang terbaik. Malah jika ada parti baru, belum tentu perjuangan tersebut dapat dicapai kerana mereka hanya mengharapkan kekuatan pemimpim saja, tapi mereka sendiri tidak kuat untuk menerima cabaran dan dugaaan politik. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top