0

Keputusan mahu memperkenalkan calon lebih awal bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) oleh UMNO Selangor adalah sebagai taktik baru bagi membolehkan calon berkenaan dikenali ramai dan dapat menyesuaikan diri dengan rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata mereka mahu calon itu diterima rakyat dan langkah itu salah satu daripada pemerhatian melalui post-mortem Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar yang berlangsung pada Jun lepas.

Tambahnya, strategi terbabit telah diguna pakai semasa PRK dilansungkan dan ianya menunjukkan kesan yang positif. Oleh itu mereka akan menggunakan kaedah terbabit, malah akan ditambah baik bagi menjamin peluang untuk menawan Selangor pada PRU14 akan datang.

“Dalam post-mortem PRK itu juga kami dah kenal pasti kelebihan dan kelemahan kami, senarai calon awal ini dibuat supaya sebarang kelemahan daripada mana mana pihak boleh diperbetulkan dan ditambah baik,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan Umno Selangor.

Bahkan UMNO Selangor memilih untuk memastikan rakyat menerima calon yang dikemukakan... sama ada mahu mempertaruhkan lebih ramai calon muda pada PRU14 nanti. Perkara tersebut masih belum diputuskan.

“Pada saya, umur calon bukan ukurannya kerana apa yang penting adalah sejauh mana calon itu diterima rakyat malah saya yakin dengan formula kepimpinan Umno dalam menentukan senarai calon,” katanya.

UMNO Selangor juga dilihat melakukan persediaan awal bagi menghadapi peperangan sebenar pada PRU14 akan datang. Matlamat mereka pada kali ini adalah bagi merampas semula Selangor dan hajat tersebut tidak mustahil akan tertunai jika mereka berusaha.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top