0

UMNO tidak menghalang dan mempersilakan sesiapa sahaja yang mahu mengikut jejak langkah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah pun meninggalkan parti. Sesiapa yang mahu tinggalkan parti seperti Mahathir... amat dialu-alukan.

Naib Presiden UMNO yang digantung, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah Mahathir dan dua lagi rakannya meninggalkan parti. Haaaa elok sangat la tu pi la ikut geng-geng dia tu.

Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, jika mengikut peraturan parti... mana-mana ahli yang berhajat atau mengumumkan untuk keluar daripada parti maka secara automatiknya dia bukan lagi salah sorang daripada ahli parti.

Alaaaaa... lagi pun UMNO langsung tak perlukan keahlian yang tak bertanggungjawab, tidak setia serta tidak boleh dipercayai.

“Kita hanya perlu padam namanya (Shafie) daripada senarai ahli,” kata Tengku Adnan.

Shafie yang sebelum ini hanya digantung keanggotaannya daripada parti pada 24 Jun lalu mungkin terlalu beremosi sehingga sanggup mengumumkan hajatnya untuk keluar parti ketika menghadiri majlis Rakyat Bersama Anggota Parlimen Semporna, di Semporna Sabah, semalam.

 "Sesiapa yang nak keluar daripada Umno, silakan... sebab kita hanya perlukan ahli yang betul-betul bertanggungjawab, setia dan amanah untuk berada dalam parti,

"Barangkali dia (Shafie) kecewa digugurkan jawatan daripada kabinet atau mungkin ada sebab lain...dia tak patut ikut emosi, kalau sayang parti jangan ikut emosi, macam-macam masalah boleh jadi," kata Tengku Adnan.

Tak kisah la Shafie nak keluar parti atau tidak, dia ingat ada orang nak pujuk kot! Keputusannya untuk keluar parti langsung tidak menjejaskan dan memberi kesan kepada UMNO... walaupun konon Shafie ni dikatakan mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam parti.

"Setiap pemimpin itu kekuatannya bergantung kepada kekuatan parti. Kalau parti tidak kuat, kuat mana pun seorang pemimpin itu akhirnya tidak akan memberi sebarang kesan, yang penting parti kena kuat dan bersatu," kata anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Johari Abdul Ghani.

Buat apa nak paksa si Shafie tu berada dalam UMNO kalau dia sendiri tak suka... bak kata orang tua kalau dah benci jangan dipaksa. Jadi biarkan sahaja Shafie tu buat keputusan dia sendiri.

"Kalau dia (Mohd Shafie) buat keputusan untuk tinggalkan Umno dan untuk menyertai mana-mana parti lain kita ucapkan selamat maju jaya," katanya. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top