1

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan 'salam' suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Wan Azizah yang menyampaikan salam Anwar berkata, Anwar menyifatkan apa yang berlaku terhadap Guan Eng ketika ini merupakan siaran ulangan apa yang berlaku terhadap dirinya pada tahun 1998.

Wan Azizah menjelaskan, apa yang berlaku pada tahun 1998 dan kes Guan Eng baru-baru ini merupakan kezaliman yang ditonjolkan oleh parti pemerintah dan ia perlu di lawan habis-habisan.

"Saya datang pagi ini untuk beri solidariti penuh kepada sahabat saya. Saya membawa salam daripada Anwar, katanya ini ulang tayang kejadian yang berlaku pada tahun1998 iaitu kezaliman yang kita perlu bangun dan lawan habis-habisan," kata Wan Azizah.

Dalam masa sama, Wan Azizah turut memberi peringatan kepada rakan sekutu dalam Pakatan Harapan supaya bangun dan membawa mesej penahanan Anwar dan Guan Eng ini kepada rakyat.

Wan Azizah berkata, Pakatan Harapan kini mempunyai tugas yang berat dimana perlu menghentikan corak pemerintahan seperti ini demi masa depan anak cucu dan generasi akan datang.

"Kita mempunyai tugas penting negara, saya berharap agar semua yang tahu supaya jadikan tanggungjawab masing-masing dan bawa mesej kebenarn kepada yang belum tahu demi masa depan anak cucu kita," katanya.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top