0

Sekarang ni kecanggihan teknologi yang ada, macam-macam boleh dilakukan.. Contohnya edit gambar seseorang dalam keadaan mengaibkan dan menyebar di internet untuk memalukan mangsa sering terjadi..

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita berusia 21 tahun di Tamil Nadu, India, bunuh diri gara-gara gambar ‘separuh bogelnya’ tersebar di Facebook.. Tapi gambar yang tersebar tu sebenarnya bukan lah gambar mangsa, A Vinupriya..

Gambar tu sebenarnya telah diedit dalam keadaan berpakaian tak senonoh dan disebar dalam laman sosial oleh seseorang yang tidak dikenali.. Haishhh! Bahayanya sekarang ni yer, akibat perbuatan biadap macam tu sampai menyebabkan mangsa dorang sampai bunuh diri!

Dek kerana tak dapat menangani keadaan sukar tu dan mak bapaknya pun menyesyaki dia sendiri memuat naik gambar tu dalam facebook, mangsa akhirnya membuat keputusan mengakhiri hidupnya dengan menggantung diri..

Sebelum bunuh diri tu, dia sempat meninggalkan nota yang menyatakan dia tak dapat tanggung trauma ni.. Bapa mangsa pun dikatakan telah membuat aduan kepada polis dan menggesa mengambil tindakan terhadap individu terbabit bila gambar pertama mangsa yang diubah suai dimuat naik..

Tapi disebabkan pihak polis lambat bertindak dan individu tidak dikenali tu pun dah bertindak muatnaik gambar mangsa yang diubah suai menjadi separuh bogel..

Mangsa tak dapat menanggung penderaan mental dan stigma sosial, lalu membunuh diri.. Miss harap individu terbabit dapat tangkap dengan segera lah dan kasi pengajaran kaw-kaw punya! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top