0

Teguk air kencing setan, tahu-tahu jer lah kesannya macam mana.. Kalau terlebih minum, ting-tong lah otak si peminum tu..

Dorang ni kalau bercakap atau melakukan sesuatu pun dorang tak sedar dah.. Lebih parah kalau dorang dalam keadaan pengaruh akohol melakukan jenayah..

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita di California, Amerika Syarikat, tidak menyedari dia terlanggar seseorang penjalan kaki sehingga maut dan lebih teruk tu bila mengheret mayat tu sekali sampai ke rumahnya.. Nampak tak kesan buruk bila teguk air kencing setan??

Tak pasal-pasal orang lain jadi mangsa! Wanita yang dikenali Esteysi Sanchez, 29 dikatakan melanggar mangsa, seorang warga emas berusia 69 tahun pada malam Isnin lalu selepas meminum arak..

Akibat pelanggaran tu, mangsa maut serta merta dan tersangkut pada cermin hadapan kereta Esteysi..

Mayat mangsa disedari oleh teman lelaki Esteysi selepas kereta tu di parkir.. Kini, Esteysi bakal didakwa atas kesalahan memandu ketika mabuk, langgar lari dan membunuh mangsa..

Itulah padahnya, selamat menjalani hari-hari dalam penjara lah yer - MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top