0

Dah la tua kerepot dah... usia pun lebih pada setengah abad dah tapi perangai tu macam budak-budak tak cerdik jugak. Sebab tu orang cakap makin tua makin menjadi-jadi... Ingatkan bila dah tua ni memperbanyakkan ibadah di bulan Ramadhan, tapi orang tua ni dok kutip dosa pulak di bulan mulia ni.

Seorang warga emas yang juga merupakan seorang penulis buku ditahan pihak polis di rumahnya di Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor selepas satu laporan polis diterima di Johor malam semalam.

Tua dah paklong tu... umur pun dah 76 tahun tapi perangai tu masih biadap. Warga emas itu ditahan polis selepas pihak berkuasa menerima satu laporan berhubung tindakannya yang menghantar mesej bergambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam aplikasi WhatsApp.

Ada patut bulan-bulan puasa ni dok buat kerja-kerja tak senonoh dok menghina perdana menteri di applikasi Whatsapp... eshh eshh eshh! Orang cari pahala yang dia dok cari dosa. Suspek yang dikenali dengan panggilan “Pak Ya” itu ditahan kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam kenyataan berkata pihak polis merampas seunit telefon bimbit berjenama Samsung G5 milik warga emas terbabit dan dia kini direman di Mahkamah Majistret di Johor bagi siasatan lanjut.

“Suspek didapati memuat naik penghantaran mesej bergambar tersebut atas nama ‘Pa Ya’ dalam kumpulan WhatApps ‘Bicara Politik Melayu’ yang bersifat jelik bertujuan menghina, lucah dan menyakitkan hati rakyat Malaysia.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan maksimum setahun atau kedua-duanya,” katanya.

Tak patut betul la orang tua ni... bulan-bulan puasa ni boleh pulak dia dok buat amal ibadah kutuk perdana menteri. Macam dengan takde kerja lain je. Kalau tak bulan Ramadhan pun jangan la dok kutuk-kutuk dan hina orang lain tak baik tau.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top