0

Seorang penganggur warga emas berusia 53 tahun mengaku bersalah pada Khamis atas tiga tuduhan mencabuli kehormatan ibu dua orang anak kerana mendakwa mangsa ada “bentuk badan yang cantik”.

Menurut stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia, lelaki tersebut dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan lagi, iaitu selepas empat bulan dibebaskan daripada penjara atas kesalahan yang sama juga!

Tan Yew Song meramas manja punggung melentik wanita berusia 38 tahun itu sebanyak tiga kali dalam masa 15 minit, iaitu masing-masing dua kali apabila wanita tersebut bangun bagi mendapatkan mi segera untuk anaknya.

Kali ketiga diraba apabila mangsa tersebut cuba bangun untuk keluar dengan semua ahli keluarganya daripada feri berkenaan, Queen Star 3 yang belayar dari Batam, Indonesia ke Singapura pada tengah hari 3 Januari 2016.

Walaupun wanita itu dapat merasakan Tan menyentuh punggungnya sebanyak dua kali, namun mangsa tersebut memutuskan untuk mengabaikannya sehinggalah apabila Tan geram mencabuli kehormatannya buat kali ketiga.

Mahkamah kemudian diberitahu, wanita berkenaan akhirnya terpaksa menjerit dengan kuat: “Apa yang awak mahu lakukan?” Suami wanita itu kemudian bersemuka terus dengan Tan untuk mengenal pasti wajah tertuduh.

Sejurus feri berkenaan selamat tiba di jeti Pusat Persiaran Singapura, suami kepada wanita tersebut bergegas memberitahu pihak polis yang kemudian bertindak pantas dengan menahan Tan terus di kawasan itu juga.

Mahkamah turut difahamkan, bahawa Tan sering melakukan kesalahan serupa. Dia malah pernah dipenjarakan beberapa kali sejak 1983 kerana kesalahan mencabuli kehormatan ramai mangsanya yang berpunggung comel.

Ini termasuk dikenakan tahanan pencegahan selama tujuh tahun pada 2001 lalu. Dia juga dipenjarakan pada tahun lepas atas kesalahan mencabuli kehormatan wanita kerana tidak tahan melihat bentuk punggung mangsa.

Mahkamah turut difahamkan bahawa Tan mencabuli wanita itu empat bulan selepas dia dibebaskan dari penjara. Lazimnya tertuduh kesalahan ini boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, dan didenda dan/atau dirotan.

Post a Comment

 
Top