0


Rasanya semua dah sedia maklum pelakon Yatt Hamzah pernah dedahkan pada media bahawa dia tak kisah dirinya digelar orang ramai ‘Yatt Sejadah’.. Gelaran itu mula popular bila Yatt kongsikan pengalaman dirinya mula berhijrah dalam mengenakan hijab waktu sujud untuk solat, kepala Yatt melekat di sejadah..

Selepas mengenakan hijab Yatt dah mula aktif dalam aktiviti keagamaan dan dah kurang terima tawaran lakonan.. Di bulan Ramadhan ini ada beberapa aktiviti keagamaan dah pun dibuat dan menjemput artis-artis tempatan..

Program ‘Himpunan Artis Sayang Al-Quran’ diadakan di Menara Felda, Kuala Lumpur disambut dengan kemerduan suara Ameng Spring mengalunkan surah al-Baqarah.. Program ini dah pun berjaya menjemput lebih 200 selebriti tempatan untuk mengenali al-Quran dengan lebih dekat..

Disebabkan tak banyak program berunsur keagamaan yang selalu dibuat untuk artis tempatan.. Yatt harap program ini akan diadakan setiap kali tibanya Ramadhan.. Sebelum ni kalau nak tengok artis tempatan berkumpul hanya di majlis anugerah dan acara glamour..

Bila artis tempatan hadir di program ini, Yatt harap ramai peminat yang dapat mencontohi penampulan artis yang hadir semasa di program dengan lebih sopan.. Iyerlah, dah hadir majlis agama macam ni, artis yang seksi pun akan berpenampilan sopan dan menutup aurat..

Program seperti ini memang elok diperbanyakkan, supaya ramai artis wanita yang seksi dan keluarkan kenyataan masih belum dapat hidayah untuk berhijab akan dapat hidayah bila hadir program seperti ini..hehehe.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top