0

Penyanyi Zahid AF memang sudah dikenali oleh peminatnya dengan saiz fizikal yang agak gemuk.. Tapi, disebabkan nak menceburi bidang perniagaan berat badan Zahid dan pun turun sebanyak enam kilogram..

Apa kena mengena pulak nak ceburi bidang perniagaan dengan turun berat badan kan? Sebab tak mahu terlalu ikut trend perniagaan artis-artis lain, Zahid nak ceburi bidang perniagaan lain dari di lakukan oleh artis tempatan..

Zahid akan keluarkan produk kurus badan? Sebenarnya Zahid akan ceburi bidang makanan sihat.. Jarang lagi artis tempatan yang menceburi bisnes makanan sihat.. Di bulan puasa ini Zahid dah mula diet sihat dan berat badan dah mula susut..

Salah satu punca utama sebab bimbang dengan masalah berat badan, itu yang Zahid akan mula jual makanan sihat.. Kalau nak jual makanan sihat tapi diri sendiri tak amalkan, buatkan Zahid cuba dulu kuruskan badan sendiri..

Kuruskan badan tak bermakna Zahid nak jadi abang ‘sado’, bagi Zahid biar miliki badan sihat saja, tapi Zahid  bukan nak pergi gym nak bina otot dan badan sasa.. Setakat penampilan menarik dan suara sedap dah cukup..

Tapi, kalau betul nak keluarkan produk makanan sihat pastikan diri memang betul amalkan produk akan dikeluatkan.. Jangan nanti dok makan ubat kurus dan badan dah kurus.. Dedahkan pada peminat Zahid kurus sebab amalkan makanan sihat.. Nak lariskan produk keluaran sendiri sanggup tipu peminat..  MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top