0

Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang di dakwa di Mahkamah Seksyen Pulau Pinang atas dua tuduhan rasuah dan dibenarkan ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Bila dah kena harga banyak tu untuk ikat jamin Guan Eng... Andy jadi tertanya.... Mana si penjamin Guan Eng dapat duit sebanyak tu?? Tokoh hartawan atau bangsawan mana yang sanggup keluarkan duit sebanyak tu untuk selamatkan pemimpin kesayangan mereka dari dihumban ke dalam penjara??

Dalam duk jadi tanda tanya mana si penjamin Guan Eng dapat duit sebanyak tu.... Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang Zairil Khir Johari hari ini tampil memaklumkan mengenai duit tersebut datangnya dari mana.

Menurut Zairil, duit ikat jamin Guan Eng sebanyak RM1 juta adalah dari dana DAP Pulau Pinang dan ditambah dengan dana oleh DAP Pusat memandangkan dana DAP Pulau Pinang tidak mencukup sebanyak RM1 juta itu.

Biar betul pakai duit dana parti??? Macam tak percaya jer?? Pastu dengar kata dana DAP Pulau Pinang habis kesemuanya sebab nak bayar ikat jamin Guan Eng... Sayang betul DAP kat Guan Eng kan... Sanggup habiskan duit dana parti semata-mata mahu lihat Guan Eng hidup bebas.

Dalam masa sama, Zairil turut memaklumkan bahawa DAP akan melancarkan satu kutipan derma khas untuk membayar kembali dana yang digunakan untuk mengikat jamin Guan Eng dalam 2 kes tuduhan rasuah.

Tambah Zairil, tabung ini dilancarkan kerana banyak pihak yang bertanya kepadanya untuk menderma bagi membantu pemimpin kesayangan mereka yang kononnya dakwaan ini bermotifkan politik.

"Ramai orang yang mahu menyumbang bertanyakan kepada kami," kata Zairil.

Dalam masa sama, Zairil turut menyelar keputusan Hakim yang membenarkan Guan Eng diikat jamin dengan RM1 juta dengan mengatakan ikat jamin ini agak keterlaluan kerana menggambarkan Guan Eng akan melarikan diri dari didakwa mengenai kes ini

Jelas Zairil, ikat jamin yang selalu dikenakan untuk memastikan si tertuduh tidak melarikan diri, tetapi ikat jamin yang dikenakan terhadap Guan Eng agak melampuai batasan.

"Sepatutnya ikat jamin ditetapkan supaya orang itu tidak melarikan diri daripada pendengaran mahkamah, tetapi ini sudah melampau. Kita semua tahu Guan eng tidak akan melarikan diri," katanya.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top