0

Sudah mula menjadi perhatian media selepas bergelar penyampai radio di stesen Suria FM kerana dah menggantikan tempat penyampai radio lama Linda Onn.. Banyak pendengar setia Suria FM yang tak suka dengan Zulin..

Ada pihak berpendapat Zulin memang tak sesuai untuk jadi Dj sebab setiap kali muncul di kaca TV untuk rancang lawak Zulin langsung tak pandai nak buatkan penonton ketawa.. Kalau nak jadi Dj selalunya kena pandai tarik minat pendengar..

Kalau dah muncul dalam TV untuk rancangan lawak pun didakwa tak pandai buat lawak.. Jadi Dj buat lawak-lawak bodoh memang pendengar tak suka.. DJ di stesen radio Era FM iaitu Tauke Jambu antara salah seorang DJ yang tak mendapat sambutan dari pendengar sebab dikatakan suka buat lawak ‘bodoh’..

Sudah mula mendapat banyak jemputan, di hari raya ini Zulin telah ditanya tentang persiapan bakal menyambut 1 Syawal.. Tak seperti Rozita Che Wan, Zulin hanya sediakan empat hingga lima pasang baju raya..

Untuk baju raya Zulin tak terlalu pakai baju yang ‘lip lap’, membeli pakaian ‘lip lap’ hanya akan digunakan Zulin untuk dipakai di pentas untuk tuntutan kerja.. Kalau menyambut hari raya Aidifitri Zulin maklumkan tak kisah untuk pakai baju murah..

Kalau beraya di kampung Zulin pernah beli baju raya berharga RM40.. Zulin memang tak kisah nak pakai baju harga murah.. Tapi, hari raya ini Zulin tak akan bercuti panjang hanya akan bercuti sehingga hari raya ketiga.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top