0

Kalau pemikiran tu dah kotor dan hitam... memang sukar sangat nak dibersihkan. Apatah lagi mahu mengubah cara dan bentuk pemikiran mereka dari negatif kepada positif. Hidup kalau sudah sebati dengan cara menghina dan memburukkan orang lain, memang susah nak ubah.

kartunis politik Zulkifli Anwar Ulhaque atau lebih dikenali Zunar berkata pelawak Singapura Fakkah Fuzz tidak sepatutnya melakukan permohonan maaf kerana prbuatannya yang menghina dan memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah tepat dan betul.

Lawak Fakkah yang menyamakan perkataan “pencuri” dengan perdana menteri itu bukan sahaja mengguris hati Najib malah turut mengundang kemarahan rakyat Malaysia. Tapi pelik apabila Zunar sokong pulak pelawak dok menghina pemimpin negara kita.

“Jika persepsi terhadap perdana menteri tidak diselesaikan akan ada lebih banyak bentuk sindiran dan kutukan akan dibuat terhadap perdana menteri,

“Dia (Fakkah) perlu terus menghasilkan karya seperti itu. Apa yang dia lakukan itu bukan satu kesalahan. Jadi dia sepatutnya perlu hasilkan lebih banyak karya yang berbentuk sindiran dan satira seperti itu,” kata Zunar.

Haaaa... elok sangat la tu! Lepas ni lagi ramai pelawak yang tak tahu nak menghormati pemimpin, menghina mereka dan berbuat sesuka hati.. semuanya atau jolokan Zunar. Bagus la Zunar ajar pelawak menghina pemimpin sebab dia pun memang suka hina Najib dan  isteri Datin Seri Rosmah Mansor menerusi karya kartun berupa sindiran dan penghinaan.

Sebelum ini dalam satu klip video yang tersebar menyaksikan Fakkah membuat perbandingan beberapa istilah Melayu di Singapura dan Malaysia. Tapi bila tiba perkataan “thief”, bagi Melayu Singapura dia sebut “pencuri”, tetapi di Malaysia, Fakkah sebut “perdana menteri”.

Meskipun Fakkah telah memohon maaf diatas tindakan biadapnya itu, namun ia masih belum cukup untuk mengubati luka di hati rakyat. Jadi memang sangat wayar kalau Fakkah diharamkan terus dari memasuki Malaysia.-TiraGomez/UtaraNews.com 

Post a Comment

 
Top