0

11/11/2016 - Kerajaan DAP P.Pinang dikesan telah meluluskan lebih 56 projek dikawasan lereng bukit, yang dianggap berisiko kepada rakyat setempat semenjak merampas kuasa dari BN pada tahun 2008.

Selain itu, terdapat 68 kes penerokaan lereng bukit secara haram dikesan semenjak DAP berkuasa. Ini semua menyumbang kepada banjir kilat apabila tiada lagi kawasan tadahan hujan di kawasan bukit.

Kebanyakan projek pembangunan lereng bukit tersebut dijalankan dikawasan pulau yang sememangnya mempunyai harga pasaran yang tinggi, serta mampu menarik minat golongan berada.

Hasil dari pembangunan rakus tersebut, rakyat P.Pinang khususnya yang tinggal dikawasan berhampiran, kini mengalami kesukaran apabila banjir kilat sering melanda.

Penempatan dikawasan kaki bukit yang dahulunya dianggap mendamaikan dan juga jauh dari kesibukan kota, kini menjadi mimpi ngeri terutamanya apabila hujan melanda.

Walaupun perkara ini dinafikan oleh Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng, yang menganggap adalah mustahil untuk kawasan berbukit seperti Bukit Bendera dan Balik Pulau mengalami banjir, tetapi realiti menunjukkan sebaliknya.

Yang terkini, banjir lumpur dan juga tanah runtuh mengancam penduduk setempat apabila kadar hujan yang tinggi berlaku di P.Pinang dalam tempoh seminggu.

Projek pembangunan memang menguntungkan bagi kerajaan DAP negeri, tetapi yang menanggung akibat serta musibahnya adalah rakyat P.Pinang sendiri apabila banjir memusnahkan harta benda mereka.

Inilah yang patut difikirkan oleh kerajaan DAP P.Pinang sebelum mereka melakukan sebarang pembangunan, khususnya yang berhampiran dengan penempatan orang ramai.

Jika kebajikan serta kesejahteraan rakyat sendiri tidak dapat diutamakan oleh Guan Eng serta kerajaan DAP P.Pinang, tak mustahil kuasa pemerintahan akan beralih arah selepas Pilihanraya umum nanti.

Rakyat cuma mahukan kehidupan aman dan tenteram, bukannya setahun 5 kali banjir kilat semata-mata untuk memenuhi kantung poket kerajaan negeri dan juga kroni!


Post a Comment

 
Top