0

23/11/2016 - Adun PAS Permatang Pasir kini sedang berada didalam dilema sama ada mahu memilih Parti Amanah Negara (PAN) ataupun terus bersama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) didalam mengharungi karier politik di Pulau Pinang.

Datuk Mohd Salleh Man ketika ditemui media di perkarangan bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, enggan mengulas mengenai status politik terkini beliau.

Beliau juga enggan menjawab persoalan sama ada mahu terus menyokong Pakatan Harapan di Pulau Pinang ataupun memilih untuk kekal bersama pendirian Presiden PAS yang menolak kerjasama dengan DAP.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau berhijrah ke parti PAN yang diterajui oleh Mohamad Sabu, Salleh Man hanya menjawab 'no komen' sahaja.

Hasil tinjauan mendapati, rata-rata pengundi PAS di Dun Permatang Pasir yang ditemui mahu Salleh Man menjelaskan pendirian sebenar beliau didalam soal sokongan terhadap parti PAS.

Hubungan Salleh Man yang begitu akrab dengan pemimpin DAP khususnya di Pulau Pinang semakin diragui kerana ia bertentangan dengan pendirian PAS yang telah menolak sebarang kerjasama bersama DAP.

Seorang penduduk yang mengaku ahli PAS di Kampung Pelet ketika ditemui berkata, Salleh Man seharusnya mengutamakan parti dari kedudukannya didalam kerajaan negeri.

Adun Permatang Pasir itu juga ditempelak agar berhijrah ke Parti Amanah Negara jika tak mampu menjaga imej dan juga prinsip PAS.

Salleh Man juga didesak agar tidak terlalu mementingkan jawatan didalam kerajaan negeri kerana jawatan tersebut diperolehi melalui parti dan bukannya atas kapasiti individu.


Post a Comment

 
Top