1

25/11/2016 - Amat memalukan apabila seorang exco PKR yang beragama Islam dan berbangsa melayu begitu beria-ia memperjuangkan hal ehwal penternakan babi di P.Pinang.

Adun PKR Seberang Jaya yang juga exco pertanian itu membentangkan Rang Undang Undang Penternakan Babi 2016 di sidang DUN kerana mahu industri babi di negeri ini berkembang dengan sihat serta lestari di negeri ini.

Selain itu, Afif Bahardin juga mahu pihak penternak babi di Pulau Pinang menjaga alam sekitar dari pencemaran dan juga menjaga kesihatan babi mereka dari penyalahgunaan unat-ubatan terlarang.

Adun PKR berkenaan turut menyarankan semua penternak babi di negeri ini bertukar dari penternakan jenis tradisional, kepada penternakan moden dan berteknologi tinggi seperti yang disediakan oleh kerajaan DAP negeri.

Enakmen yang baru itu juga dijamin oleh exco berkenaan, bahawa ia akan mampu mengawal selia industri babi di Pulau Pinang agar lebih tersusun dan bertambah maju.

Dengan usul pindaan RUU Babi dan diluluskan pula di DUN P.Pinang yang dibawa oleh Adun PKR ini, ia menunjukkan bahawa isu RUU babi lebih diutamakan oleh PKR berbanding pembentangan RUU 355 di Parlimen.

Didalam pembentangan RUU 355 oleh Presiden PAS, PKR mengambil langkah berkecuali kerana dianggap mahu menjaga hati rakan serta bosnya didalam Pakatan khususnya DAP.

PKR melalui Presidennya Wan Azizah juga langsung tidak berani menyatakan prinsip mereka apabila ditanya mengenai pendirian parti berhubung dengan pindaan RUU 355.

Tetapi didalam RUU Babi di Pulau Pinang, PKR tanpa segan silu menjadi juaranya dengan melangkah bergaya sebagai pejuang babi sebenar. Tahniah PKR!


Post a Comment

  1. Antara agama dan kuasa...ramai yg kecundang.

    ReplyDelete

 
Top